Sunday, 16 September 2012
Resipi Kek Lapis Sisik Ikan | Kek Masam-masam Manis
16:46 | Posted by
MisZ Aien |
Edit Post
Salam,
As i promised last week, i will present to u resipi kek lapis sarawak yg agak kompleks sedikit cara pembuatannya, tetapi sangat sedap sebab ada rasa masam2 manis sedikit. Well, ada juga resipi dalam internet but tak apa lah kita share jugak ikut resipi ibundaku. ;p
Bahan-bahan:-
Bahan A
10 biji telur (dibuang 3 telur putih)
1 sudu besar ovalette (emak pesan lau yang ovalette special B tu lagi lembut dan sedap kek)
150 gram gula halus ( 1 gelas penuh)
*300 gram tepung hongkong ( better dari tepung gandum la)
Bahan B
1 tin butter golden fern/ 454 gram mentega (lebih sedap guna golden fern)
1 tin kecil srikaya
1/2 tin susu manis
Bahan C
200 gram horlick4 sudu makan air ais ( air sejuk ya)
*5-6 bungkus manisan bulat Hawflakes/ keranji
Asam hawflake ( credit to kak yong for the pic)
bentuk dia macam syiling 20 sen. Dulu besar2 syiling dia, sekarang dah makin kecik macam 20 sen yang baru tu.
Cara2:
1.Pukul bahan A (kecuali tepung) hingga kembang dan gebu ( macam warna2 putih sedikit). Keluarkan dari mangkuk adunan. Masukkan tepung dan terbalikkan. Kaup-kaup sahaja. Jangan digaul sepenuhhnya sebab kita tak nak angin masuk kedalam adunan kek. Biarkan.
2. Pukul bahan B hingga sebati. Campurkan ke dalam adunan A. Gaul rata. Selepas itu, masukkan horlick, gaul rata dan masukkan air ais.
3. Guna acuan 10 inci dan leserkan acuan dengan mentega sedikit. Lapiskan permukaan acuan dengan kertas kek.
4. Panaskan oven dengan suhu 160°C ( guna api atas sahaja)
4. Bakar lapisan pertama kek dengan meletakkan 5 atau 6 sudu adunan kek. Bakar sampai masak (permukaan kek kekuningan) dan tekan dengan seterika kek kuat sedikit.( ulang dan bakar hingga lapisan ke 3.
5. Untuk lapisan yang keempat, masukkan 6 sudu adunan mentah tadi dan jangan dibakar terus. Susunkan asam hawflakes tadi satu persatu. Susun secara menyerong (45°) dan baru bakar hingga masak jugak.
susun macam ni ha
Bila dah masak, akan jadi macam ini.
6. Bila dah masak, terus tekan dengan seterika kek supaya asam2 tadi patah ke tepi. Tekan sampai rata. Kuat pun tak pa. Lau tak tekan kuat, nanti sisik atau corak dia tak berapa nampak bila dipotong.
7. Masukkan adunan mentah lagi dan bakar. ( Ulang 2 kali lapis). Dan seterussnya, susun asam hawflakes lagi sekali. dan ulang nombor 5 hingga 7.
* tips: kalau mula2 kita susun asam hawflakes dari tepi acuan, lapisan yang seterusnya susun pulak hawflakes 1/2 inci dari acuan supaya ada berbeza jarak dan bertindan/bertindih nanti.
seterika kek ini untuk kek lapis biasa
Seterika kek beralun
Untuk buat kek macam tsunami atau ombak ;)
Nanti bila dipotong kek akan jadi macam ni. Tapi maaflah gambar diatas ni buruk sangat Kek yang dibuat tahun lepas. Tahun ni lagi cantik dan elok lapisannya tapi lupa nak tangkap gambar dan terus bagi kat orang yang tempah masa tue ;(.
kek sisik ikan yang cantik benar ( curik google) huuhu
Kek ni agak mahal dalam RM 85 ke atas.
p/s : selamat mencuba ;) Lau xfaham, boleh emailkan di emel ain k : nurain.ismail@yahoo.com.
6'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Klik-klik
Berapa Suda?
Click Me
About Me
- MisZ Aien
- Diberi nama Nurain Ismai. Alumni UMT Sains Biologi, Sedang Melanjut pelajaran Di UM Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan :) Seorang yg simple, suka mekap dan mengumpul barang mekap. Dan amat berminat nak belajar pasal mekap.. Kalau orang kenal ain, mungkin akan ingat personaliti ain jauh berbeza di luar dan di blog..mungkin ya dan mungkin tidak..Terpulang pada anda untuk menilai.. p/s Judge not, that you be not judged. For with what judgment you judge, you will be judged; and with the same measure you use, it will be measured back to you.
1 comments:
Salam,
Tumpang tanya... putih telur guna berapa biji ye? 7 ke? confuse kejap sebab kebanyakkan resipi guna 2 biji puteh telur je
Post a Comment